Monday, May 12, 2008

:: EXTRAVAGANZA PROMOTION ::

PROMOSI JUALAN MEI 2008
PROMOSI BERMULA 15 MEI 2008 HINGGA 30 MEI 2008
OVEN
SAIZ KECIL
~ MUAT 2 ACUAN 8 X 8
~ DUA TINGKAT - BAWAH UNTUK KEK LAPIS & ATAS UNTUK BISKUT, ROTI,PIZZA DLL.
HARGA : RM750
KOS PENGHANTARAN : FREE POS LAJUsss....
**cepat2 rembat !!! sah sehingga 30 Mei 2008...

Friday, May 9, 2008

Check out my Slide Show!

RESIPI CORNER

KEK ROLL TIKAR

BAHAN - BAHAN (Untuk bahagian Dalam) :-

15 Biji Telur
5 Biji telur putih sahaja
13 oz Mentega
6 oz Gula
7 oz Tepung Hongkong
2 Sudu air Sejuk Ais
2 Sudu besar Susu Pekat
1 Sudu Ovellete
4 Sudu Browning

Cara - cara Membuatnya :-

  1. Telur, Gula, Tepung, Ovellete dan air dicampur sekali gus dan pukul hingga adunan menjadi warna keputihan (Kembang).
  2. Kemudian, masukkan mentega dan susu pekat.
  3. Bahagiakan kepada dua bahagian :-
  • Bahagian A : masukkan Browning
  • Bahagian B : Masukkan pewarna Kuning
  1. Gunakan Acuan Berukuran 9' X 9'
  2. Bakar Bahagian A dan B secara berselang seli hingga habis.
  3. Setelah Masak, Potong Kek kepada 6 bahagian.
  4. Setiap satu bahagian dijadikan 4 keping atau bahagikan kepada 4 bahagian.

Bahan - Bahan (Kulit atau bahagian Luar Roll) :-

Bahan A :

15 Biji telur Ayam

5 Biji telur putih

4 oz Gula

4 oz Tepung

1 Sudu Ovellete

Bahan B :-

12 oz Mentega

4 Sudu Susu pekat

Cara - cara membuatnya :-

  1. Bahan A dicampur sekaligus dan dipukul hingga kembang
  2. Kemudian barulah masukkan bahan B.
  3. Adunan ini dibakar sedikit untuk menggulung adunan bahagian dalam.

Selamat Mencuba !

Resipi daripada :

Pn. Dayang Zakiah bt. Awang Ibrahim

**Resipi ni Bonda sy dapat dari kawan2, tak pernah try lagi coz tak reti sangat buat kek Roll ni...so, kalu da sesape nak cuba buat, leh la amik resepi ni, then leh le share kat sini hasilnye ye...thanks.

RESIPI CORNER

KEK LAPIS CANDY SRI WANGI


Bahan - Bahan :-

24 oz Mentega
15 Biji Telur
2 Gelas Gula
1 1/2 Tin Susu Pekat Manis
1 Bungkus Coklat Rice
1 Sudu teh baking powder
2 Gelas Tepung Gandum
1 1/2 Gelas Susu Tepung
1 1/2 Gelas Horlick (200gram)
1 Tin kelapa Kering
2 sudu teh Vanilla
Pewarna Merah dan Kuning


Cara - cara Membuatnya :-

  1. Pukul Mentega dan Gula sampai Kembang.
  2. Masukkan Telur satu persatu kemudian, masukkan tepung, horlick, susu tepung dan susu pekat manis.
  3. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Bahagikan kepada dua adunan (bahagian)
  • Bahagian A : Campurkan dengan kelapa kering dan Pewarna Kuning
  • Bahagian B : Campurkan dengan Coklat Rice dan Pewarna Merah

Akhir sekali, bakar bahagian A dan B berselang seli hingga habis.

**Maaf tak de gambar coz, ni resipi koleksi Bonda saya...so, sesape yg nak try leh le amik resipi ni...simpel je...kalu dah try leh le share kat sini hasil nye ye...