Friday, May 9, 2008

RESIPI CORNER

KEK ROLL TIKAR

BAHAN - BAHAN (Untuk bahagian Dalam) :-

15 Biji Telur
5 Biji telur putih sahaja
13 oz Mentega
6 oz Gula
7 oz Tepung Hongkong
2 Sudu air Sejuk Ais
2 Sudu besar Susu Pekat
1 Sudu Ovellete
4 Sudu Browning

Cara - cara Membuatnya :-

  1. Telur, Gula, Tepung, Ovellete dan air dicampur sekali gus dan pukul hingga adunan menjadi warna keputihan (Kembang).
  2. Kemudian, masukkan mentega dan susu pekat.
  3. Bahagiakan kepada dua bahagian :-
  • Bahagian A : masukkan Browning
  • Bahagian B : Masukkan pewarna Kuning
  1. Gunakan Acuan Berukuran 9' X 9'
  2. Bakar Bahagian A dan B secara berselang seli hingga habis.
  3. Setelah Masak, Potong Kek kepada 6 bahagian.
  4. Setiap satu bahagian dijadikan 4 keping atau bahagikan kepada 4 bahagian.

Bahan - Bahan (Kulit atau bahagian Luar Roll) :-

Bahan A :

15 Biji telur Ayam

5 Biji telur putih

4 oz Gula

4 oz Tepung

1 Sudu Ovellete

Bahan B :-

12 oz Mentega

4 Sudu Susu pekat

Cara - cara membuatnya :-

  1. Bahan A dicampur sekaligus dan dipukul hingga kembang
  2. Kemudian barulah masukkan bahan B.
  3. Adunan ini dibakar sedikit untuk menggulung adunan bahagian dalam.

Selamat Mencuba !

Resipi daripada :

Pn. Dayang Zakiah bt. Awang Ibrahim

**Resipi ni Bonda sy dapat dari kawan2, tak pernah try lagi coz tak reti sangat buat kek Roll ni...so, kalu da sesape nak cuba buat, leh la amik resepi ni, then leh le share kat sini hasilnye ye...thanks.

No comments: