Sunday, November 9, 2008

RUJUKAN HARGA OVEN

SILA RUJUK BAHAGIAN POST REVIEW YANG BERTAJUK OVEN BARU...

ANDA AKAN TERUS KE POST MAKLUMAN HARGA OVEN BARU.

HARAP MAAF !!!

Salam semua...

Harga Oven pada masa sekarang adalah berdasarkan kepada harga supplier

saya , kos minyak, kos pengangkutan, kos upah pemandu dan kos pembungkusan.

walaupun ada yang memang mahukan harga paling rendah, saya minta maaf banyak2...

bukan tak bertolak ansur tapi semua kos diatas sudah dicompactkan bagi memberi

peluang kepada usahawan kek lapis memiliki oven ini...

Secara jujurnya, saya tidaklah mendapat untung yang seberapa tapi, semangat untuk

membantu rakan2 memiliki oven ini memberikan keuntungan yang lebih dalam diri saya..

bukan keuntungan dari segi material tapi keuntungan dalam bentuk spiritual...

Sekali lagi saya minta maaf banyak - banyak kalu ada yang minta harga lebih rendah tapi

saya tak dapat tunaikan...maaf sangat2...

PENGUMUMAN :

HARGA YANG BARU PADA MEI 2008 MASIH DIKEKALKAN SEHINGGALAH

PERUBAHAN YANG DIMAKLUMKAN KEMUDIAN...

REBUT PELUANG INI !!!

Salam bertemu kembali.....

Salam semua...
terima kasih pada semua sahabat - sahabat alam maya saya yang ikhlas
dan sudi berkongsi maklumat mengenai oven ini kepada semua pengusaha
kek lapis sarawak...
saya mendoakan agar anda semua dilimpahi nikmat dan rahmat dari Allah swt...
especially 4 bro rozzan, kak noraini, bai roti dan semua yang saya tak sempat nak sebutkan disini...thanks atas link2 yang anda sebarkan di web masing2...

Sunday, June 1, 2008

:: MY ART WORKS ::

SALAM SEMUA...


DUA MINGGU LEPAS SY ADA BUAT KEK SPONGE, MUFFIN DAN KEK LAPIS TEMBIKAI


Ermm...kek sponge tu, sy beli mix flour and tambah telur 10 biji, butter cup seketul (250gm) dan air segelas. Memang mudah nak buat sebab...kek sponge tu sy belajar buat sejak sekolah lagi...heheheee.. sy mmg minat kelas ERT, suka sangat...hinggakan cikgu ERT pun still sy ingat sampai sekarang...Cikgu Munah, baik orang nyer...dan pandai dalam segala hal...Masa sekolah sy join kelab ERT gaks...so, pernahlah ajar kengkawan buat kek sponge ni, sampaikan ada kawan yg order tau...mmg bestlah...espc. kalu wat kek sponge coklat dan salut ganache coklat kat atasnyer...yum yum...sedap...


haaa...terlupa plak, muffin tu sy buat dari lebihan kek sponge...bukan muffin, kek cawan...nak tau perbezaan muffin dan kek cawan, g lah jenjalan kat blog kak noraini, banyakkkk info ttg kek...bacalah sendiri....heheeee....


Kek Lapis Tembikai.haa...ni salah satu resipi kek lapis sarawak yg terbaru, kalu tak silap baru last year glamor kek ni, sebelum ni tak lagi...tak sure sape yg memula wat tapi yg pasti kek ni mmg sodap dan cantik...mmg macam tembikai...resipi ni bonda dapat dari makcik kat kampung...so, trylah buat sbb nyer nak bagi contoh kat kengkawan yg nak order kek...


okieess...kat bawah ni gambar2 nyer....jeng..jeng...jeng....
nilah hasil kek sponge tu...ermmm...tak berapa cantik...jangalah gelak...malu I tau...masih belajar lagi ni...dah dekat 7 tahun tak buat tau...
sebelum ni fokus pada kek lapis swk jer...pastu buat time raya jer...masa2 lain tak sempat...eden sebelum ni study kat KL, tiga tahun then keje plak hampir 3 tahun gak...tu yang tak meyempat nak buat2 kek nih...time raya balik kampung barulah tolong2 makcik dan mak buat kek lapis...

kek cawan ni buat dari lebihan kek sponge tu...dalam nyer letak kokocrunch sbb nak tarik minat bebudak makan...tapi mak dan bapak budak pon suka kek cawan tuuu...yang ni tak letak ganache coklat lagi...tak sempat nak snap gambau...semuanyer dah ngap dulu...heheee...


bawah ni kek lapis tembikai... ermmm...cam mana? ok tak? ala...sy bukan nyer expert...kira oklah kan...bagilah 2 bintang...hehehee...suka atilah nak bagi brapa bintang...yg penting semuanya dan abis kena ngap...




macam mana???bagilah komen... sapa bagi komen terbaik, sy bagi resepi tuuu...kek lapis tembikai...ada dua resipi tu tau...hhaaa...cepat....

Monday, May 12, 2008

:: EXTRAVAGANZA PROMOTION ::

PROMOSI JUALAN MEI 2008
PROMOSI BERMULA 15 MEI 2008 HINGGA 30 MEI 2008
OVEN
SAIZ KECIL
~ MUAT 2 ACUAN 8 X 8
~ DUA TINGKAT - BAWAH UNTUK KEK LAPIS & ATAS UNTUK BISKUT, ROTI,PIZZA DLL.
HARGA : RM750
KOS PENGHANTARAN : FREE POS LAJUsss....
**cepat2 rembat !!! sah sehingga 30 Mei 2008...

Friday, May 9, 2008

Check out my Slide Show!

RESIPI CORNER

KEK ROLL TIKAR

BAHAN - BAHAN (Untuk bahagian Dalam) :-

15 Biji Telur
5 Biji telur putih sahaja
13 oz Mentega
6 oz Gula
7 oz Tepung Hongkong
2 Sudu air Sejuk Ais
2 Sudu besar Susu Pekat
1 Sudu Ovellete
4 Sudu Browning

Cara - cara Membuatnya :-

  1. Telur, Gula, Tepung, Ovellete dan air dicampur sekali gus dan pukul hingga adunan menjadi warna keputihan (Kembang).
  2. Kemudian, masukkan mentega dan susu pekat.
  3. Bahagiakan kepada dua bahagian :-
  • Bahagian A : masukkan Browning
  • Bahagian B : Masukkan pewarna Kuning
  1. Gunakan Acuan Berukuran 9' X 9'
  2. Bakar Bahagian A dan B secara berselang seli hingga habis.
  3. Setelah Masak, Potong Kek kepada 6 bahagian.
  4. Setiap satu bahagian dijadikan 4 keping atau bahagikan kepada 4 bahagian.

Bahan - Bahan (Kulit atau bahagian Luar Roll) :-

Bahan A :

15 Biji telur Ayam

5 Biji telur putih

4 oz Gula

4 oz Tepung

1 Sudu Ovellete

Bahan B :-

12 oz Mentega

4 Sudu Susu pekat

Cara - cara membuatnya :-

  1. Bahan A dicampur sekaligus dan dipukul hingga kembang
  2. Kemudian barulah masukkan bahan B.
  3. Adunan ini dibakar sedikit untuk menggulung adunan bahagian dalam.

Selamat Mencuba !

Resipi daripada :

Pn. Dayang Zakiah bt. Awang Ibrahim

**Resipi ni Bonda sy dapat dari kawan2, tak pernah try lagi coz tak reti sangat buat kek Roll ni...so, kalu da sesape nak cuba buat, leh la amik resepi ni, then leh le share kat sini hasilnye ye...thanks.

RESIPI CORNER

KEK LAPIS CANDY SRI WANGI


Bahan - Bahan :-

24 oz Mentega
15 Biji Telur
2 Gelas Gula
1 1/2 Tin Susu Pekat Manis
1 Bungkus Coklat Rice
1 Sudu teh baking powder
2 Gelas Tepung Gandum
1 1/2 Gelas Susu Tepung
1 1/2 Gelas Horlick (200gram)
1 Tin kelapa Kering
2 sudu teh Vanilla
Pewarna Merah dan Kuning


Cara - cara Membuatnya :-

  1. Pukul Mentega dan Gula sampai Kembang.
  2. Masukkan Telur satu persatu kemudian, masukkan tepung, horlick, susu tepung dan susu pekat manis.
  3. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Bahagikan kepada dua adunan (bahagian)
  • Bahagian A : Campurkan dengan kelapa kering dan Pewarna Kuning
  • Bahagian B : Campurkan dengan Coklat Rice dan Pewarna Merah

Akhir sekali, bakar bahagian A dan B berselang seli hingga habis.

**Maaf tak de gambar coz, ni resipi koleksi Bonda saya...so, sesape yg nak try leh le amik resipi ni...simpel je...kalu dah try leh le share kat sini hasil nye ye...

Tuesday, April 29, 2008

MAKLUMAN HARGA BARU !!!

RUANG DI TINGKAT ATAS DAN API ATAS

RUANG DI TINGKAT BAWAH DAN API DI BAWAH

SERTA DI BEKALKAN SALURAN GAS




OVEN BARU : SAIZ JUMBO API ATAS BAWAH

MULAI 1 MEI 2008, HARGA OVEN TELAH BERUBAH.

BAGI PELANGGAN YG TELAH MEMBUAT ORDER SEBELUM 1 MEI 2008 TETAP MENDAPAT HARGA LAMA TETAPI CUMA DISKAUN 5% SAHAJA DAN KOS PENGHANTARAN DITANGGUNG SENDIRI OLEH PEMBELI.


OVEN

BRAND : BLUEFIRE / KINGSTOVE (BERGANTUNG PADA STOK)

SAIZ : JUMBO (24KG)
MUAT ACUAN / LOYANG 8' X 8' :
4 ACUAN DI TINGKAT ATAS DAN 4 ACUAN DI TINGKAT BAWAH
= 8 ACUAN SEKALIGUS.
BENTUK OVEN : WARNA HIJAU, DUA TINGKAT DAN API DI TENGAH SAHAJA
HARGA : RM950
KOS POS : RUJUK POS MALAYSIA BERHAD


SAIZ MEDIUM (22KG)
MUAT 6 ACUAN SEKALIGUS
3 DI ATAS DAN 3 DI BAWAH
BENTUK : DUA TINGKAT, WARNA HIJAU DAN API DITENGAH SAHAJA
HARGA : RM 850
KOS POS : RUJUK POS MALAYSIA BERHAD




SAIZ KECIL (15KG)
MUAT 4 ACUAN SEKALIGUS
2 DIBAWAH DAN 2 DIATAS
BENTUK : DUA TINGKAT, WARNA HIJAU DAN API DITENGAH SAHAJA
HARGA : RM750
KOS POS : RUJUK POS MALAYSIA BERHAD




GAMBAR OVEN BARU : sila rujuk di atas sekali.
OVEN BARU : SAIZ JUMBO API ATAS BAWAH (26KG)
MUAT 8 ACUAN SEKALI GUS, 4 DIBAWAH DAN 4 DIATAS


BENTUK : DUA TINGKAT, WARNA HIJAU DAN API DIATAS DAN BAWAH - sesuai untuk peniaga kek lapis sarawak besar2an dan memerlukan masa yg singkat untuk menghasilkan kek dalam kuantiti yg banyak.
HARGA : RM1200 (Boleh runding lagi...)
KOS POS : RUJUK POS MALAYSIA BERHAD





Thursday, April 24, 2008

SenAraI 10 PemBeli PertaMa Jualan Mei - Jun 2008

SENARAI NAMA PEMBELI YG TELAH MEMBUAT TEMPAHAN :

  1. NORAINI AWANG - JOHOR - TELAH DITERIMA 29 APRIL 2008
  2. SITI NORLIZA BAHARI - KUALA LUMPUR - TELAH DITERIMA 29 APRIL 2008
  3. (masih dalam perbincangan)
  4. (masih dalam perbincangan)
  5. kosong
  6. kosong
  7. kosong
  8. kosong
  9. kosong
  10. kosong

  • Untuk Makluman, saya akan ambil stok pada hari sabtu ni.
  • Untuk membuat pembelian, sila buat pembayaran pada setiap Hari Jumaat dan Oven akan dipos pada hari Isnin.
  • Sila beritahu melalui SMS untuk mendapatkan maklum balas dengan cepat.

Tuesday, April 22, 2008

ShaRing Is CaRinG...

Assalamualaikum,Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?
Maklumat lanjut bleh rujuk :

Sunday, April 20, 2008

PRODUCT DETAILS :

BERITA BAIK UNTUK USAHAWAN IKS...

OVEN SERBAGUNA

BRAND : KINGSTOVE DIIMPORT DARI INDONESIA
MATERIAL : ALLUMINIUM (DUA TINGKAT)
FUNGSI : MEMBAKAR KEK LAPIS SARAWAK, BISKUT, KUIH BAKAR, KEKACANG PANGGANG, PIZZA & PELBAGAI JENIS MAKANAN.
KEISTIMEWAAN : MENGGUNAKAN GAS SEBAGAI BAHAN API, SUHU BOLEH DILARAS DENGAN KAWALAN API.

BAGI PENGUSAHA KEK LAPIS SARAWAK, OVEN INI SANGAT MEMBANTU KERANA, MUDAH, MURAH DAN MENJIMATKAN.
** BEGITU JUGA DENGAN PENGUSAHA BISKUT, IANYA TURUT MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ANDA UNTUK MENGHASILKAN BISKUT DALAM KUANTITI YANG BANYAK DALAM MASA YANG SINGKAT.

TERDAPAT DUA JENIS OVEN INI :

SAIZ BESAR : MUAT ACUAN / LOYANG 8 X 8" = 4 ACUAN SEKALIGUS
HARGA ASAL : RM750 (TIDAK TERMASUK POS...)

SAIZ SEDERHANA : MUAT ACUAN / LOYANG 8 X 8 " = 2 ACUAN SAHAJA
HARGA ASAL : RM650 (TIDAK TERMASUK POS...)

DISKAUN HEBAT !!!!!!!!!

PROMOSI MEI 2008 - JUN 2008

~ SEMPENA PROMOSI JUALAN BULAN MEI - JUN 2008

10 pembeli pertama untuk bulan Mei hingga Jun 2008

~ akan mendapat 5 % diskaun
~ kos penghantaran PERCUMA SELURUH MALAYSIA.
~ Pembelian melalui Agen tidak terlibat dalam promosi ini.
~ Hanya sah untuk pengunjung Blog ini sahaja.

Promosi Oven

salam...
terima kasih atas semua yg sudi menjadi agen oven gas
untuk respon yg lebih cepat, sila emel ke

kasuma_81@hotmail.com

thanks.

Saturday, January 26, 2008

AGENT WANTED...

Saya memerlukan beberapa orang Agen untuk memasarkan Oven Kek Lapis Sarawak.
Harga : RM750 (Muat 4 acuan / loyang 8 x 8)

Komisyen terbahagi kepada 2 jenis :

a) RM 50 bagi 1 - 10 jualan
b) RM 100 bagi 11 - 100 jualan

Jika anda berminat sila emelkan maklumat berikut :

Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Alamat Penuh
Website (jika ada)
NO. Telefon (H/p dan Rumah @ Pejabat)
No. Akaun (untuk masukkan komisyen)

* Maklumat lanjut mengenai produk dan syarat2 menjadi agen akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sila rujuk blog untuk maklumat lanjut.

oVEn Kek LApIs SwK...

Sempena Pembukaan weblog baru ni, saya mempromosikan oven untuk membakar Kek Lapis Sarawak dengan cara yang mudah, cepat dan menjimatkan...
Untuk para Usahanita yang mengusahakan Kek Lapis Sarawak atau apa saja jenis Kek boleh membeli Oven ini.
Kemudahan menggunakan Oven ini adalah ianya menggunakan Gas dan mudah untuk disimpan. Apatahlagi bagi pengusaha Kek Lapis yang hanya melakukan bisnes ini dirumah sahaja.
Secara ringkasnya, ianya sesuai bagi Usahawan yang ingin bermula membuat Kek Lapis secara kecil - kecilan dirumah.

Friday, January 25, 2008

assalammualaikum... dan salam sejahtera..

HAPPY BESTDAY...
NEW BORN OF WEBLOGS...
MODERNS AND VALUE FOR YOUR MONEY...
UP COMINGS ARE VARIETY OF LAYERED CAKES FROM SARAWAK.
WITH SPECIAL PRICES AND MANY CHOICES OF LAYERED CAKES.