Ilmu Tanpa Batasan... Sharing Is Caring... ~Destinasi seorang hamba, SYURGA FIRDAUSI...~
Sunday, November 9, 2008
RUJUKAN HARGA OVEN
HARAP MAAF !!!
Salam semua...
Harga Oven pada masa sekarang adalah berdasarkan kepada harga supplier
saya , kos minyak, kos pengangkutan, kos upah pemandu dan kos pembungkusan.
walaupun ada yang memang mahukan harga paling rendah, saya minta maaf banyak2...
bukan tak bertolak ansur tapi semua kos diatas sudah dicompactkan bagi memberi
peluang kepada usahawan kek lapis memiliki oven ini...
Secara jujurnya, saya tidaklah mendapat untung yang seberapa tapi, semangat untuk
membantu rakan2 memiliki oven ini memberikan keuntungan yang lebih dalam diri saya..
bukan keuntungan dari segi material tapi keuntungan dalam bentuk spiritual...
Sekali lagi saya minta maaf banyak - banyak kalu ada yang minta harga lebih rendah tapi
saya tak dapat tunaikan...maaf sangat2...
PENGUMUMAN :
HARGA YANG BARU PADA MEI 2008 MASIH DIKEKALKAN SEHINGGALAH
PERUBAHAN YANG DIMAKLUMKAN KEMUDIAN...
REBUT PELUANG INI !!!
Salam bertemu kembali.....
terima kasih pada semua sahabat - sahabat alam maya saya yang ikhlas
dan sudi berkongsi maklumat mengenai oven ini kepada semua pengusaha
kek lapis sarawak...
saya mendoakan agar anda semua dilimpahi nikmat dan rahmat dari Allah swt...
especially 4 bro rozzan, kak noraini, bai roti dan semua yang saya tak sempat nak sebutkan disini...thanks atas link2 yang anda sebarkan di web masing2...
Sunday, June 1, 2008
:: MY ART WORKS ::

kek cawan ni buat dari lebihan kek sponge tu...dalam nyer letak kokocrunch sbb nak tarik minat bebudak makan...tapi mak dan bapak budak pon suka kek cawan tuuu...yang ni tak letak ganache coklat lagi...tak sempat nak snap gambau...semuanyer dah ngap dulu...heheee...
bawah ni kek lapis tembikai... ermmm...cam mana? ok tak? ala...sy bukan nyer expert...kira oklah kan...bagilah 2 bintang...hehehee...suka atilah nak bagi brapa bintang...yg penting semuanya dan abis kena ngap...


macam mana???bagilah komen... sapa bagi komen terbaik, sy bagi resepi tuuu...kek lapis tembikai...ada dua resipi tu tau...hhaaa...cepat....
Monday, May 12, 2008
:: EXTRAVAGANZA PROMOTION ::
Friday, May 9, 2008
RESIPI CORNER
BAHAN - BAHAN (Untuk bahagian Dalam) :-
15 Biji Telur
5 Biji telur putih sahaja
13 oz Mentega
6 oz Gula
7 oz Tepung Hongkong
2 Sudu air Sejuk Ais
2 Sudu besar Susu Pekat
1 Sudu Ovellete
4 Sudu Browning
Cara - cara Membuatnya :-
- Telur, Gula, Tepung, Ovellete dan air dicampur sekali gus dan pukul hingga adunan menjadi warna keputihan (Kembang).
- Kemudian, masukkan mentega dan susu pekat.
- Bahagiakan kepada dua bahagian :-
- Bahagian A : masukkan Browning
- Bahagian B : Masukkan pewarna Kuning
- Gunakan Acuan Berukuran 9' X 9'
- Bakar Bahagian A dan B secara berselang seli hingga habis.
- Setelah Masak, Potong Kek kepada 6 bahagian.
- Setiap satu bahagian dijadikan 4 keping atau bahagikan kepada 4 bahagian.
Bahan - Bahan (Kulit atau bahagian Luar Roll) :-
Bahan A :
15 Biji telur Ayam
5 Biji telur putih
4 oz Gula
4 oz Tepung
1 Sudu Ovellete
Bahan B :-
12 oz Mentega
4 Sudu Susu pekat
Cara - cara membuatnya :-
- Bahan A dicampur sekaligus dan dipukul hingga kembang
- Kemudian barulah masukkan bahan B.
- Adunan ini dibakar sedikit untuk menggulung adunan bahagian dalam.
Selamat Mencuba !
Resipi daripada :
Pn. Dayang Zakiah bt. Awang Ibrahim
**Resipi ni Bonda sy dapat dari kawan2, tak pernah try lagi coz tak reti sangat buat kek Roll ni...so, kalu da sesape nak cuba buat, leh la amik resepi ni, then leh le share kat sini hasilnye ye...thanks.
RESIPI CORNER
Bahan - Bahan :-
24 oz Mentega
15 Biji Telur
2 Gelas Gula
1 1/2 Tin Susu Pekat Manis
1 Bungkus Coklat Rice
1 Sudu teh baking powder
2 Gelas Tepung Gandum
1 1/2 Gelas Susu Tepung
1 1/2 Gelas Horlick (200gram)
1 Tin kelapa Kering
2 sudu teh Vanilla
Pewarna Merah dan Kuning
Cara - cara Membuatnya :-
- Pukul Mentega dan Gula sampai Kembang.
- Masukkan Telur satu persatu kemudian, masukkan tepung, horlick, susu tepung dan susu pekat manis.
- Gaul hingga rata dan sebati.
- Bahagikan kepada dua adunan (bahagian)
- Bahagian A : Campurkan dengan kelapa kering dan Pewarna Kuning
- Bahagian B : Campurkan dengan Coklat Rice dan Pewarna Merah
Akhir sekali, bakar bahagian A dan B berselang seli hingga habis.
**Maaf tak de gambar coz, ni resipi koleksi Bonda saya...so, sesape yg nak try leh le amik resipi ni...simpel je...kalu dah try leh le share kat sini hasil nye ye...
Tuesday, April 29, 2008
MAKLUMAN HARGA BARU !!!
RUANG DI TINGKAT BAWAH DAN API DI BAWAH
SERTA DI BEKALKAN SALURAN GAS

BRAND : BLUEFIRE / KINGSTOVE (BERGANTUNG PADA STOK)
SAIZ : JUMBO (24KG)
MUAT ACUAN / LOYANG 8' X 8' :
4 ACUAN DI TINGKAT ATAS DAN 4 ACUAN DI TINGKAT BAWAH
= 8 ACUAN SEKALIGUS.
KOS POS : RUJUK POS MALAYSIA BERHAD
SAIZ MEDIUM (22KG)
MUAT 6 ACUAN SEKALIGUS
3 DI ATAS DAN 3 DI BAWAH
BENTUK : DUA TINGKAT, WARNA HIJAU DAN API DITENGAH SAHAJA
HARGA : RM 850
KOS POS : RUJUK POS MALAYSIA BERHAD
SAIZ KECIL (15KG)
MUAT 4 ACUAN SEKALIGUS
2 DIBAWAH DAN 2 DIATAS
BENTUK : DUA TINGKAT, WARNA HIJAU DAN API DITENGAH SAHAJA
HARGA : RM750
KOS POS : RUJUK POS MALAYSIA BERHAD
GAMBAR OVEN BARU : sila rujuk di atas sekali.
OVEN BARU : SAIZ JUMBO API ATAS BAWAH (26KG)
MUAT 8 ACUAN SEKALI GUS, 4 DIBAWAH DAN 4 DIATAS
BENTUK : DUA TINGKAT, WARNA HIJAU DAN API DIATAS DAN BAWAH - sesuai untuk peniaga kek lapis sarawak besar2an dan memerlukan masa yg singkat untuk menghasilkan kek dalam kuantiti yg banyak.
HARGA : RM1200 (Boleh runding lagi...)
KOS POS : RUJUK POS MALAYSIA BERHAD
Thursday, April 24, 2008
SenAraI 10 PemBeli PertaMa Jualan Mei - Jun 2008
SENARAI NAMA PEMBELI YG TELAH MEMBUAT TEMPAHAN :
- NORAINI AWANG - JOHOR - TELAH DITERIMA 29 APRIL 2008
- SITI NORLIZA BAHARI - KUALA LUMPUR - TELAH DITERIMA 29 APRIL 2008
- (masih dalam perbincangan)
- (masih dalam perbincangan)
- kosong
- kosong
- kosong
- kosong
- kosong
- kosong
- Untuk Makluman, saya akan ambil stok pada hari sabtu ni.
- Untuk membuat pembelian, sila buat pembayaran pada setiap Hari Jumaat dan Oven akan dipos pada hari Isnin.
- Sila beritahu melalui SMS untuk mendapatkan maklum balas dengan cepat.
Tuesday, April 22, 2008
ShaRing Is CaRinG...
Sunday, April 20, 2008
PRODUCT DETAILS :
OVEN SERBAGUNA
BRAND : KINGSTOVE DIIMPORT DARI INDONESIA
MATERIAL : ALLUMINIUM (DUA TINGKAT)
FUNGSI : MEMBAKAR KEK LAPIS SARAWAK, BISKUT, KUIH BAKAR, KEKACANG PANGGANG, PIZZA & PELBAGAI JENIS MAKANAN.
KEISTIMEWAAN : MENGGUNAKAN GAS SEBAGAI BAHAN API, SUHU BOLEH DILARAS DENGAN KAWALAN API.
BAGI PENGUSAHA KEK LAPIS SARAWAK, OVEN INI SANGAT MEMBANTU KERANA, MUDAH, MURAH DAN MENJIMATKAN.
** BEGITU JUGA DENGAN PENGUSAHA BISKUT, IANYA TURUT MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ANDA UNTUK MENGHASILKAN BISKUT DALAM KUANTITI YANG BANYAK DALAM MASA YANG SINGKAT.
TERDAPAT DUA JENIS OVEN INI :
SAIZ BESAR : MUAT ACUAN / LOYANG 8 X 8" = 4 ACUAN SEKALIGUS
HARGA ASAL : RM750 (TIDAK TERMASUK POS...)
SAIZ SEDERHANA : MUAT ACUAN / LOYANG 8 X 8 " = 2 ACUAN SAHAJA
HARGA ASAL : RM650 (TIDAK TERMASUK POS...)
DISKAUN HEBAT !!!!!!!!!
~ SEMPENA PROMOSI JUALAN BULAN MEI - JUN 2008
10 pembeli pertama untuk bulan Mei hingga Jun 2008
~ akan mendapat 5 % diskaun
~ kos penghantaran PERCUMA SELURUH MALAYSIA.
~ Pembelian melalui Agen tidak terlibat dalam promosi ini.
~ Hanya sah untuk pengunjung Blog ini sahaja.
Promosi Oven
terima kasih atas semua yg sudi menjadi agen oven gas
untuk respon yg lebih cepat, sila emel ke
kasuma_81@hotmail.com
thanks.
Saturday, January 26, 2008
AGENT WANTED...
Harga : RM750 (Muat 4 acuan / loyang 8 x 8)
Komisyen terbahagi kepada 2 jenis :
a) RM 50 bagi 1 - 10 jualan
b) RM 100 bagi 11 - 100 jualan
Jika anda berminat sila emelkan maklumat berikut :
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Alamat Penuh
Website (jika ada)
NO. Telefon (H/p dan Rumah @ Pejabat)
No. Akaun (untuk masukkan komisyen)
* Maklumat lanjut mengenai produk dan syarat2 menjadi agen akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sila rujuk blog untuk maklumat lanjut.
oVEn Kek LApIs SwK...
Untuk para Usahanita yang mengusahakan Kek Lapis Sarawak atau apa saja jenis Kek boleh membeli Oven ini.
Kemudahan menggunakan Oven ini adalah ianya menggunakan Gas dan mudah untuk disimpan. Apatahlagi bagi pengusaha Kek Lapis yang hanya melakukan bisnes ini dirumah sahaja.
Secara ringkasnya, ianya sesuai bagi Usahawan yang ingin bermula membuat Kek Lapis secara kecil - kecilan dirumah.
Friday, January 25, 2008
assalammualaikum... dan salam sejahtera..
NEW BORN OF WEBLOGS...
MODERNS AND VALUE FOR YOUR MONEY...
UP COMINGS ARE VARIETY OF LAYERED CAKES FROM SARAWAK.
WITH SPECIAL PRICES AND MANY CHOICES OF LAYERED CAKES.